Saturday, 23 March 2019

Pulau Perhentian II

Lepas dah sampai habis bilas tu, abang bot pun datang dengan boat diorang. Syok wei pergi balik semua kitorg je dalam bot! Memang heaven la borak macam pulau tu kau yang punya ;D


So bila dah sampai kat pulau, kitorag add on kayak transparent (ingat oversea je ke ada). Kayak transparent pulau perhentian ni first kat Malaysia tau!









dah habis kayak kitorang pun naik la ke darat tiber abe bot offer air kelapa original dalam buah nyior (kelapa). heaven wei
tiber time aku dah siap salin baju apa semua, ada la sorang matsalleh ni tengok aku minum and dia tanya aku like "do u know where is the seller" mcmtula and aku be like "uh hm sorry wait a" then abg yg jual air kelapa tu pun datang, lama gak la kan nak belah kelapa tu. sekali mat salleh tu duduk depan aku dia menari *time tu stall tu pasang lagu despacito kot tak silap. and i was like macamana aku nak lari ni woi dahla sensorang apa aku nak buat hahahahah. pastu aku buat buat la busy kemas kemas beg, dah kemas, aku sepahkan balik sebab nak kemas lagi ya Allah ahahahah. pastu mamat tu dah dapat air kelapa dia, dia lari sambil joget tau lol. happy sungguh hidup dia Alhamdulillah :D 
dah burn jom balik.

lepas habis berenang bergumbira bertukar kulit semua, kitorang pun naikla kereta sewa pakcik sorg ni, baik gila weh diorg layan je kitorang nak gi dobi la, makan la,singgah beli keropok la. 

haziqah borong. ni baru sorg. cuba bayang 6 orang.

korang kalau datang besut beli la kat kedai keropok Z. Besar. diorang ada 2 kedai. satu mcm tempat jual kering2, satu lagi tempat mcm warung gitu. Kitorang sampai sampai terus abg(rasanya tokey) diorang bagi free rasa. banyak pulaktu. memang sedap ah keropok situ. Jangan lupa singgah tau! Tepi jalan aje, and kedai ni kira mcm famous a kat area besut.

Then habis je shopping kitorang pun gerak gi rumah Qis. First nampak adik dia pakcik kereta be like; " eh tu suami dia ke" HAHAHA. hellok baqhang adik qis. lol. behave. Malam tu kitorang makan sate parents qis beli :). meriah wei rumah qis sebab adik dia 
ramai. Tambah pulak kitorang yang memang bising ni wow a. Pastu balqis pun datang join malamtu. Sempat la main pingpong jap hahahah.

thankyou parents qis ;)))
uii sis

Maka tamatlah sudah kisah 11/4.

Esoknya tu kitorang pergi Pantai Bukit Keluang,Besut. Kat sini famous as tempat hiking act.. Lawa+Indah and boleh nampak Pulau Perhentian dari sini.


 Sebelum naik bas, kitorang pun singgah la kedai makan family Amni Syazwani(amsya), one of our batchmates kat kisas hehe. Seronok ada kawan merata ni. Ayah amni pun belanja la kitorang and terkilan jugak sebab tak roger amni awal awal tapi takpelah next time pulak ok. Korang kalau gi besut jangan lupa singgah kedai amni tau. Sedap nasi kerabu dia. :)

Sekian cerita Trip to Pulau Perhentian!!! Semoga ukhuwwah ni sampai bila bila. Nak kumpul duit pulak untuk next trip with group rama2 and many more! Thankyou semua yang join secara langsung atau tak langsung! Sumpah aku enjoy! Hahaha walaupun trip ni betul betul 2 hari before result spm tapi semua chill and "alah bukan boleh tukar pon result kita, enjoy je ler" lol.


Thankyou sudi baca and harap maaf kalau ada salah silap. :) Enjoy!











Pulau Perhentian I


Hai and Assalamualaikum korang!!

So baru baru ni aku pegi Pulau Perhentian. Kenapa perhentian? Sebab biru jernih crystal clear air dia mcm MALDIVES! Taktipu ni serious talk tau. Nanti kita tengok gambar eh hehe. So aku nak tulis pasal bajet and some short story je kat sini ok. Kalau ada apa apa lagi korang boleh tanya terus k!

Oh btw,  aku pegi ni dengan Hayati,Haziqah,Anis Athirah,Ayra,Nadiah and Qis(tumpang rumah malamtu). Qis takgi pulau tapi dia join jugaklah trip ni heheh!


So, aku dengan anis athirah dari kuala terengganu-jerteh. Kenapa jerteh? Hahahaha salah beli tiket sbb kitorang ingat jerteh ngan kuala besut tu sama. And Hayati,Haziqah and Ayra dari TBS ke Jerteh jugak HAHAH. So nak nasihatkan, lain kali ambik lah tiket ke Kuala Besut yer. Sebab Jeti Pulau Perhentian kat Kuala Besut.

ok next, panjang ceritanya kalau nak diikutkan handle dgn hotel, tempat makan, tersalah stesen. hui banyaklah. Tapi we made it! So cerita yang penting penting je la yer nanti panjang sangat pulak entry ni. Kahkah!

Tiket taman laut :)
Time sampai ni semua excited gila sebab dah lama tak jumpa plus tak sabar nak berenang ngan ikan!

p/s: kami semua automatik kecek kelate dari jeti nge abe bot sapa la nok kelik abih tok bereti kecek. rasa mcm fasih gitu wow!

walaupun besut ni terengganu tapi sejarah dulu kata besut ni dulu org bergaduh sama ada dia kawasan kelantan or terengganu end up jadi ganu. tapi mostly loghat besut antara kelantan+ganu. unik bukan?

pemandangan sepanjang perjalanan jeti ke pulau

dah sampai jeti. semua kelaparan. Alhamdulillah thirah tergerak hati nak beli roti+ tuna malam tu. huhu thanks thirah :))
payah ah gi memana ada je mamarazzi ;)

bila dah sampai ni sumpah semua org teruja sebab air nya lawa and clear sangat gais :))). Ya Allah hebat sungguh ciptaanMu, dah start dah nampak ikan semua ahahah. 


preview sikit ;)

so kiteorang pun bergerak la pegi tempat snorkel. Ada 5 point. first,turtle beach. ni just pantai biasa je cetek je. Sini untuk build water confident sebab dia tak dalam sangat.Nanti next point semua laut dalam, tahap jauh dari dasar.Nama je turtle tapi takde penyu pun, Ikan je banyak. 






Maka bergerak la kitorg ke turtle point. Kitorang kena cari penyu tau. Kena cepat and tangkas. So lepas abang bot cakap "hoh tu penyu", semua org mcm gelabah la "weh kau pegi la dulu", duk main tolak tolak, tetiba rasa sorang hilang. Rupanya haziqah. Dia dah gi jauh laktu kejar penyu. sekali abang bot kata " huh penyu dah lari, takpela meh kita cari kat depan. Member awak tu biar dia nanti kita ambik". Maka ber huhu la haziqah kat situ. Tiber dia jerit "aku takut buaya!!!' HAHAHA
ni ha budaknya!!



Yati ah paling power main kejar penyu dengan matsalleh.

Then kitorg pun pergi kat shark point. Time ni memang best lah. nampak shark depan mata. baby shark banyak gak. mummy shark la sekor dua je.Pastu semua blur shark dalam bm apa, lol. maklumla dah lama tak sekolah. rupanya jerung. sekali semua takut kena makan hahahah.


ihsan:google 

mcmnilah lebih kurang yang kitorang nampak. aku dah pening gila time ni. aku pegi kat haziqah and tanya dia "ziqah kalau aku muntah ok tak?" ziqah jawab " mutah jer" skali aku muntah bebetul depan dia wei HAHAHA. 

pastu time kat coral garden aku just berenang area bot jer malas nak gi jauh jauh dah. Nadiah ngan ayra duduk atas bot jer. Time last2 tu nad turun main2 area bot jugak hahaha.



muka acah confident.

So lepas dah habis snorkel, kitorang pegi bilas badan kat Lata Air Berani. Kira last point lah ni bfore going back to pulau. sobsob. sempat lagi si yatie duk ootd kat sini. 

Muka kelaparan

Lata Air Berani. Lawa sumpah!!







.
.
.

bersambung next entry yer!