Sunday, 6 July 2014

Mari kita melukis dan menconteng !

Assalamualaikum.

Hye korang. Sekarang dah berapa hari puasaaa ?  Tuuujuuuhhhh *Gaya budak tadika* . Okayyy pandaiiii ! Tepuk tangan untuk diri masing masinggggggg *Gaya cikgu yang sopan santun lagi ayu*. Okay stop drama si budak tadika dan guru bajet ayu itew. Sekarang dah pun 7 hari kita berpuasa maknanya dah genap seminggu. Alhamdulillah. Tanpa kita sedar kan, tinggal 20 lebih hari je dah. Macam tak rasa je tapi itulah kenyataan. Masa sekarang cepat betul berjalan rasanya. Makin menghampiri mati. Bersediakah kita *slot sentuhan kalbu sebentar.*

Back to the topic please ! *amboi dah garang ke cg bajet ayu tadi*. Macam biasa lah kan, korang mesti kat sekolah dulu dulu ke , sekarang ke, mesti ada pendidikan seni right ? Bagi korang pendidikan seni ni best ke tak ? Ok lah. Aku nak bagi pendapat aku jap. *ehem ehem*. Pendapat aku lah kan, pendidikan sini ni best dan memang satu benda yang wajib kita belajar. why ?

Sebab apa aku kata pendidikan seni ni best ? sebab when u lukis lukis and colour colour , mesti nak nampak perfect kan ? kalau kita nak nampak perfect mesti kita nak hati hati kan ? Bila nak hati hati, mesti kita kena sabar kan ? Ha gitu kekdahnya. Seni ni mengajar kita erti sabar dalam melakukan setiap kerja untuk mendapatkan kejayaan ataupun keuntungan yang perfect *wah gitu* . Korang perasan tak ? Bila kita buat seni, dia ada satu ketenangan tau. Especially masa kita tengah memang betul betul nak benda tu perfect, kita akan tekun dan lupakan masalah yg takde kena mengena. Kita akan fikir je lepasni nak colour apa, yang ni nak buat macamana supaya cantik. Betul tak ?  *Betttullll cikguuuu.*

And one more thing, sebab aku kata pendidikan seni ni kita wajib belajar, salah satu sebab macam tadi aku dah sebut kat atas tu, seni ni latih diri kita jadi sabar. Lagi satu, walaupun korang tak minat dengan seni, tapiii korang memang kenaaa belajar sebab contoh korang memang nak sangat jadi doctor kan. Lepastu, korang dahlah minat seni. Korang boleh lukis tau pemandangan yang indah ke lepastu letak dekat klinik korang ke takpun bawak pastu tunjuk kat patients ke kan ? Mesti diorang suka lepastu mesti diorang rasa tenang je nak nak lukisan korang tu colour yang soft soft gitu. Kan ? Dapat pahala tau kalau kita bahagia and senyumkan orang. Mudah je kan nak dapat pahala ;) .
And yeah ! Seni ni jugak boleh buat duit tau. Kita lukis lukis or anyam anyam ke apa apa lah yg berkaitan dengan seni, lepastu jual ,confirm ada org tertarik kan ? Untuk buat hiasan rumah ke, hiasan klinik ke macam aku sebut tadi.

So seni ni bagi aku matapelajaran yang kita takboleh abaikan lah sebab dia kira macam lepas kita belajar akedemik or whtever. mesti kita nak macam balance kan otak kiri and kanan kan ? so itu lah fungsi seni ni. Dia merehatkan minda kita lepas kita belajar yg berat berat. Faham tak apa tu berat ? Buat buat faham je lah hahaaa.

And aku rasa aku dah terrrmembebel panjang sangat. Sebenarnya aku naktunjuk hasil aku buat seni ni. Tapi kalau ada yg pandai seni, mohon korang jangan kutuk sbb aku memang takpandai kihkih. Ni pun sbb subject seni punya. So jom tengok lukisan aku yg tak seberapa. huihui. malu ah korangggg... Jangan gelak tau.


Let's start! 

Tangan mokmok nak jugak interprem ;)


Kita lukis dulu ya.  (ni terap guna gambar google je kehkeh)


...........


Separuh siap.


Dah siap.. Eh! Batang mane batang ?

 Taraaa. Sebenarnya bulat tengah tu terlupa nak colour sbelum ambik gambar. aku letak kale kat situ sama macam kat urat daun tu ;)

Setakat tu je lah yang aku mampu buat hihi. Takpe takpe. esok aku tunjuk kat kengkawan aku and paksa diorang cakap cantik !! Hahha saje je. Confirm esok bederet yg lagi cantik dari aku. *laritutupmuka*

Ok lah aku rasa setakat ni je entry aku kali ni. Minta maaf ya kalau ada silap dan salah. Byee ! Jumpa lain entryyy !! *bertukar kpd cg bajet ayu balik*

Assalamualaikum













Saturday, 5 July 2014

Kawan gila gila.

Assalamualaikum!

ehem ehem semakin rajin ya sekarang update blog. hahaha. harini malas nak type panjang panjang. kita straight to the point je lah yer. okay. aku ada "BEBERAPA KAWAN YG AGAK *NGENGGG* ".

beberapa tu sebenarnya ramai tau hahha hampir sekelas kot kepala semua sama je tapi aku just nak citer yg betul betul *ngenggg* je k. Kitorang memang takboleh berjumpa. tadi korang tau , kan baru bukak sekolah lepas cuti ni kan , aku kan datang lewat sikit sebab jammed gila pagi tadi biasalah baru bukak skolah kan lepastu orang semua baru nak masuk dewan tapi aku baru sampai nasib ramai jugak yg baru sampai hihi. aku terus masuk dalam kelas and letak beg sebab kelas aku dekat je ngan dewan (tapi time tu kelas aku dah kosong) . and guess what ?! time perhimpunan kan , kelas aku dapat kelas terbersih dan ceria (big WOW ) . sebab ni first time kot dapat tu yg semua macam apa je lagi satu sebab kitorang form one kan , so macam pelik sikit padahal banyak je kelas tingkatan 2 ,3 yg lagi cantik tapi nak buat macamane dah rezeki kami hahah.

Ok back to the topic , lepas dah siap semua , aku terus masuk kelas tapi paling lambatlah sebab  aku pergi tandas dulu sebelum tu ( perlu ke bagitau --' ). bila aku paling lambat , mestilah semua dah ada dalam kelas kan , and bila aku masuk je kelas ! habis semua serang aku sambil cakap *woahh rinduuuu * hahahah. and aku rasa nak menangis sebab lama tak jumpa diorang sekali aku tengok muka sarah , aku ketawa sorang2 . tengok muka izzah , aik ketawa lagi, tengok muka piki , hadoi lagi lah kuat. sebab excited gila kot lepastu diorang pulak trngok aku ketawa , lagi lah ketawa biar ponn dorang tak tau kenapa diorang ketawa (pun bolehlah ) . 4 org ni lah yg panling ngeng aku rasa dalam kelas aku sebab suara 4 org ni je bising dengan gelak ketawa. aku tengah type pun boleh ketawa sorang sorang. giler ke apa.

so harini yg 3 org tu lah aku nak perkenalkan katkorang. 3 org ni lah yang agak rapat jugaklah and gurau kasar tu biasa and memang asyik nak ketawa jer manjang. aku pon tak paham dah kenapa aku pon join sekali agaknya dah berjangkit kot.


This is Nursarah Fiqa. Dia yang paling rapat ngan aku  antara 2 orang yg lain. Sahpikaa ni special sikit tau. Sape yang kawan ngan dia je yang tau betapa beruntungnya dapat kawan ngan dia. Cantik kan ? Yes. Cantik , hati baik tapi budak ni sengal tak kene tempat sikit wakaka. Tapi dia kalau dengan orang tak kenal dia susah nak rapat and orang akan anggap dia sombong. sebenarnya tak pun dia cuma pemalu gitteww. tapi pemalu ngan orang tak kenal je. ngan kitorang , naharommmm.


and yang ni pulak nurul izzah. Time first aku kenal dia, dia siap kenalkan diri dia " nama aku nurul izzah. nurul izzah yang pembangkang tu" . Hahah kau boleh ? Izzah ni memang baik. Selalu je buat apa orang suruh and dia jugak suka belanja orang :). And dia kawan selfie aku kiki. Setiap kali selfie, aku ajak dia. confirm nak. Izzah ni peramah gila orangnya. kau bayangkan , tak sampai setahun sekolah kat shams , dah kenal ramai kakak senior and boleh rapat macam kawan je. Aku selesa kawan ngan dia sebab ye lah, peramah , baik but sometimes dia boleh senyap tetiba, haa time tu ade something wrong lah tu. mesti ade org buat dia moody. 

And lagi sorang Nursarah Vahida. Kembar sarahfiqa. name same, perangai same. Anddd mesti pelik kenapa gambar sarah takde kan. ya kalau korang nak tau, sarah lah tak pernah ada gambar dalam phone. Entah. Sebab dia memang tak suka. puas paksa, tetap taknak. Sarah ni aku rapat jugak lah. And dia ni kan , memang kalau orang buli pun, tak kesah ahah. sebab kitorang bertiga selalu kenakan dia , dia redhooo jee :D. Kesian jugak tapi dia suka and tak marah pun. Biasanya aku  ngan piki lah selalu kena kan dia ;P. Izzah jarang sebab kadang izzah buat kerja sendiri. Ana redhoo~~ "Tagline sarah"


Apa apa pun, setiap kawan tu dia ada special yg tersendiri kan ? :) .Tu je lah aku boleh cite ngan korang. yg lain biar lah rahsia. keke. Aku tau, walaupun tak sampai setahun lagi friendship kita and macam macam boleh jadi, tapi insyaallah takda ape ape masalah. Macam kita jugak kan. kita kenal kawan kita yg dah dekat 7,8 tahun tu pun dari perkenalan yg singkat lepastu lama lama jadi lah kekal kan ? Insyaallah aku akan jaga friendship ni till jannah. And paling aku bersyukur sebab kawan kawan aku ni semua memang takde nak berasa hati apa. kalau ada pun, just cakap je. Cuma gossippp vedevasedebobastikkk tu kadang kadang je haha.

Jumpa di lain hari ya. Sorry kalau ada aku buat salah. Nanti aku update lagi eh. Bye.

Assalamualaikum.








Friday, 4 July 2014

Ramadhan dan fenomena el nino.

Assalamualaikum.

Hai korang. Dah dekat 2 ke 3 minggu aku tak update blog kan. busy sikit lately sebab ye lah form 3 kan pt3 sekarang ni jadinye kitorang pun sedang buat soalan ala ala pt3 kirenya buat persediaan lah kan. kesian juga tengok form 3 tahun ni. mula mula pmr , pbsmr , lepastu sekarang ni pt3. lepas ni taktaulah. tapi nak buat cemana kan. nak berjaya kena lah sabar and usaha.

Memandangkan  kita dalam bulan yg penuh barakah iatu bulan ramadhan ni dan kita dah 6 hari puasa. yeyy. syabas untuk diri masing masing sebab puasa penuh setakat ni. haa yang tak puasa tu ? taknak raye ke . keke. Amacam puasa korang ? Ok ? Alhamdulillah aku kat sini ok je cuma tahun ni agak mencabar kan ? sebab kita dilanda musim panas ataupun El nino. El nino tu apa ? Haa meh aku nak kongsikan sikit apa tu almino ((sumber pakcik google))



"Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.


Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat. "

itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi tentang fenomena el nino ni. dan ada yang cakap el nino ni berlaku setiap 3 hingga 4 tahun gitu. Walau apa pun, kita kena bersyukur sebab kita masih mampu menjalankan ibadah lagi lagi masa bulan puasa ni kan. tak kesah lah panas macam mana pun, bersabarlah. Allah takkan beban kan hambanya dengan perkara yang hambanya sendiri tak boleh buat. Kita semua kan ciptaan Allah . Kalau nak dibandingkan Malaysia dengan negara lain, jauh beza. kita masih aman dan harmoni. cuba kita tengok di palestin dan negara negara yang berlaku peperangan semua tu. tapi diorang masih taat pada Allah. Kita ni, panas sikit je dah nak mengeluh. Ya, bukannya aku tak mengeluh. Tapi kita cuba lah tengok nasib org lain dan dengan sendiri nya kita akan sedar betapa beruntung nya kita kan. Kalau kita rasa diri kita dah diuji pelbagai macam yang teruk , ingatlah orang lain ada lagi yang lebih teruk daripada kita.

Kita takpayah ambil contoh jauh lah kan, ambik yang berada di sekililing kita ni je. macam adik firdaus ((abg for me)) tu kan , dia lagi kesian. Sampaikan makan najis dan benda yang bukan sepatutnya untuk teruskan hidup. Kita ? Bukan setakat makanan tapi kalau boleh semua benda kita nak. Lagi lagi bulan puasa ni, kalau berbuka tu tak reti nak berjimat, biasa lah kan nafsu, tapi kita cuba sama sama kawal ya.. Kita semua bukan sempurna. Masing masing pernah buat salah . Jadi kita perlu lah nasihat antara satu sama lain kan..

Sekian saja dari aku. Sama sama kita ya.. Dalam bulan ramadhan ni, banyakkanlah berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah mana tau ni ramadhan terakhir untuk kita kan.. :)

Assalamualaikum.