Saturday, 14 June 2014

Di Tepi Pantai Yang Indah.

Assalamualaikum sedaghe ! Di tepi pantai yang indah... ku duduk seorang diri ~
amboi kemain nyanyi nyanyi ni happy ke ? eh opkos lah heppy esok dah sekolah rindu gila kot kat kawan kawan and also cikgu cikgu kesayangan (haha). takdelah sebenarnya nyanyi lagu ni sebab rindu cg zakaria (cg ya) tau. sebab dia time kitorang tengah duk buat ulangkaji time kelas malam ke kan (UPSR) , dia selalu lah nyanyi lagu ni. cg ya memang seorang yg hapening , baik hati and dia ni jenis mulut lepas tau haha tapi biasanya kelas yg dia ajar memang takde makna nya nak terasa hahah sebab memang dia perangai camtu :B 
Haha Imissyou cikgu ya ! 

Oleh kerana ( bm A++++ ) hari isnin malam baru sampai rumah dari rumah nyai yang terletak di johor , aku and family pun rehat pada esoknya. memang tidur kaw kaw tak ingat dunia lah sorang sorang sampai aku kejut ayah pun ayah just cakap "hmmm" entah sedar ke tak yg dia cakap pun taktau haha. lepastu esoknya kitorang just lepak lepak kat rumah je sebab takde perancangan pun nak buat apa tambah tambah ayah aku tengah menanda kertas stpm so memang takde makna nye lah nak keluar or holiday. sungguh menyedihkan. 
then aku pun cakap lah dengan umi ajak ayah pegi jalan jalan kejap pun takpe (sungguh anak tak memahami betul -.-' ) . Aku saje je sebenarnya kalau ayah nak , on je lah. kalau taknak , aku okay je sebab aku bosan sangat dah duduk kat rumah. 

Me : Mi , ajak lah ayah pergi mana mana. bosan lah asyik duduk kat rumah jer.
Umi : Tengoklah dulu sebab ayah banyak lagi kertas tak tanda nanti nak kena hantar kat rumah cg mat. ( ketua tanda periksa)

Lepas beberapa minit , ayah pun buat announcement (amboi) " Bersiap cepat " . Aku apa lagi terus grab towel pi mandi , bersiap semua , terus naik kereta tapi taktau ayah aku nak bawak pi mana. sekali ayah tanya "nak gi mane ni? " abg aku terus "batu buruk lah ada festival citra rasa. makanan tradisional terengganu katenye" . so pergilah kat batu buruk.


so ni lah suasana batu buruk dari jauh. kitorang pergi time dah pukul 4-5 macamtu jadinya semua nak abis dah.  sempat tengok org org menari jer lepastu sempat lah singgah booth jangoxs . hehe tapi singgah je tak beli pun. tengok tengok , terus naik kereta semua lepastu ayah ajak pi makan ict ( ikan celup tepung ) kat pantai pandak. oh imma happy gal ! Aku mana boleh tak join sesi menternak lemak ni semua opkos aku dulu kannnn. order air kelapa tapi dah habis. memang kedai ni ramai gila orang pergi. sebab dia tepi pantai so dia macam berangin kan. tapi ada lagi satu kedai cuma dia lebih dalam dan lebih dekat ngan pantai. aku dah try dua dua cuma yg kali ni tak best sangat, kalau korang datang ganu , korang boleh pergi masuk kat lorong jalan nak pergi ke pantai pandak tu , pastu korang akan jumpa satu gerai ict , yg tu tak berapa sangat tapi ok lah tapi  ramai org pergi sini. tapi kalau korang pergi jalan dalam sikit , dekat sikit ngan pantai (tempat lapang) , yg ni memang sedap gila lah cuma sikit orang sebab maybe dia kedalam , orang masuk terus nampak and terus pergi je kan. rajin rajin lah ye masuk dalam tu sikit :B 



kuciwaaaaa sebab air kelapa dah abis. so terpaksa order air jagung je.. ok lah tapi pelik kenapa cawan nya boh erk . adakah dia letak campuran teh boh ataupun ni ialah teh berperisa jagung ? entah lah. hanya tuan kedai yg  tau :D .. Bawah tu pulak makanan yg menternak lemak kat badan aku yg sudah sedia ada lemak yg begitu susah nak dibuang (err ihateyou ) . Sebenarnya banyak ikan sotong popia kepok lekor semua tu , tapi oleh kerana ketidak sabaran aku untuk menternak lemak , aku terus grab ambik tu and ckelit ! hahah nasib ramai org buat camtu kahkah dasar taktahu malu. 

And one more thing ! Korang jangan tertipu ya dengan gambar yg aku hanya makan seekor ikan dan tiga ketul sotong tu sebab realitinya aku makan seekor ikan , berketu ketul sotong , seketul popia dan sebatang kepok lekor T____T . having fun juga lah pergi sini sebab sejuk tapi ada satu peristiwa kucing ni kecik je tapi dia boleh dari tempat duduk adik aku jarak dalam 1 meter , dari bawah rumput tu , dia loncat ke bawah rumput aku punya tempat duduk. gila terkezzzut nasib tak melatah hoimakkau ! behave :3 

ok itu je aku rasa untuk entry kali ni. bye ! Assalamualaikum. salam sayang dari aku, si mulut potpet.