Tuesday, 23 April 2019

Rindu.

Hai and Assalamualaikum!!




Tajuk pun dah sendu. hahahahh. rindu siapa niii? mesti la rindu awak yang tengah baca ni ha. ehhh. entry kalini a bit panjang sikit sebab banyak benda nak cerita ni ok.

takdela lately ni kan semua dah busy buat preparation before going to matriks/asasi/f6/dip semua lah. so I keep thinking lah what if one day I fail to remember those memories during high school specifically in KI. :)  because people changes while memories don't. so here i am...gonna share some stories here. Nanti i dah tua bolehla belek belek semula tengok gambar and story here.

my batchmates+bendera negeri masing2

E24 2017

So first of all i will share about my dormmates first lah ok? sebab dormmates i unik ok lain dari orang lain. Masa sampai time daftar tu kan, tetiba my cs(college sister) bagitau that i have to live in form5 's dorm which means tak sama dengan orang lain yang akan duduk dalam kelompok f4 juga. kinda afraid ye la dahla taktau apeape tiberr kena duduk dgn f5. dormmates f4 ada 4 orang act tapi sorg tu tak dtg daftar pun, so-- bermula lah kisah kitorang bertiga as "adik dorm" :D




kitorang yang pakai baju batik tu semua FA (f4) yg lain abrar (f5) + kak ecah takde dlm gambar
dekat dorm ni la aku belajar banyak erti kehidupan,friendship,time-management etc. even orang lain semua takut dgn akak dorm kitorg katanya sbb hebat2 belaka, but 3 of us boleh pulak bergelak tampo depan orang hahahahah. the best thing for sure, and paling sendu bila our sisters semua have to transfer to blok F during SPM, nangis teruk malam last tu. and i said "thankyou sebab bagi kita rasa macamana ada kakak, kita takde kakak :)" alahai sendunya ahahahh. sumpah best duduk dorm ni sebab unik, like u can see kak dibah garang gila kat luar, but if u get to know her, wow akak akak sgt marah tu sbb sayang je, kak arwa suka tulis lirik and best2 semua lagu dia, kak pija always comfort us, kak safia paling comel la setakat ni suka jual semua barang2 kt dalam loker dia sbb nak duit HAHA sampai kak haniey cakap "safiah awak ni ayah awak beli utk awak, awak gi jual pulak", benda boleh jual buat apa simpan kan kak safiah lol.kak ain a.k.a my as(adopted sister) org paling awal tido+suka bersenam hahahah.kak ain sakinah pulak always busy with her study and tugasan badar, bila masuk tido, kak ain belum masuk lagi, bila bangun, kak ain dah keluar gi sekolah pulak. kak haniey pulak banyak cerita ttg pengalaman dia and dia tough sebab menanggung sakit sampai berapa kali dah masuk keluar ward.kak yuh ni my senior kat shams, we always defend our shams depan semua org ahahaha #shamstakkanluputdiingatan gituuu. kak hanis dgn suara comel dia, kak rabi dgn leklek tapi perform dia, kalau nak cerita semua rasanya tak habis ni but nak cakap thankyou for entering my life! banyak i belajar dari you all.

E24 2018
atas kiri: nurin,nani rawi,bida,amni,ain,nns,azhani,muafatum,ibtihal,umai,hanna.
bawah kiri:ayu,syafiah,mel,farzana,haziqah,aisya nabila,azie.
haha and sham MIA.

yay dah tahun baru! sooo dormmates baru! tapi dorm aku tetap sama.lol. dorm ni sumpah UNIQUE. takde siapa boleh lawan. seriously. we have our own way weh. semua jenis boleh masuk ngam je takde gaduh besar besar ke apa alhamdulillah. kalau tak puas hati cakap terus lol. macam mak tiri kitorg (bukan nama sebenar), dia mmg jenis takleh tido kalau lampu terbukak tau, so dia akan sound je kalau dah lights off tu. masa baru baru tu rasa la jugak mcam "eh dia ni dah kenapaaa ramai kot org nak stay up" tapi lama lama dah faham jugak and betul je sebenarnya kena tutup lampu tu. bilik study pun dah disediakan kan. 

kat sini la aku rasa "family-bond" tu. susah senang boleh kata mostly ada la utk each other.macam macam kitorang buat weh sampai bela kucing pon pernah lepastu ada sekor ni mati,kitorang yang tanam and seharian tu dorm sendu teruk weh. haha(huriyyah) tak berhenti nangis. :') .


ni la kucing kitorg tu. dah mcm baby pulak duk photoshoot hahahah. lawa en gambar, mesti la sbb ayu yang amik hihi.


 Pastu semua kalau bincang  pasal certain topik weh ya Allah aku rasa tinggal diorang ni jadi calon wakil rakyat jer weh. tak sabar sabar aku nak undi.  full of facts&rational gitu. kalau bab makanan pulak ya Allah pemurah pemurah semua ni and laju je semua tak lokek langsung. Alhamdulillah thankyou semua org yg pernah share makanan tu :). maklumla masing masing rumah jauh tak dapat la family nak datang, yg rumah dekat2 ni jela fmily dtg bawak makanan. happy jer rasa setiap kali weekend hahahh. paling best duduk kat dorm time inspection la. kemain gaduh kalau duduk sama sama tapi kalau bab inspection KP cakap ada sikit kurang la apa mula la semua duk reka nak bagi jugak menang tak kira. defend sampai menang woi 😂 and dorm ni la orang selalu tak selesa :') . panjang la cerita kalau nak type semua. yang pasti benda tu terbawak bawak sampai la habis spm. haha. takpelah the past is in the past so let it go~ 

F21

Semua excited sebab auni menang phone samsung lucky draw hahahahah happy gila kot kawan sendiri menang


e24 unique? F21 DOUBLE UNIQUE. macam macam rahsia ada dalam dorm ni ye. dari segi makhluk halus sampai lah ke reality life semua tak rilek. tapi kat dorm ni aku jarang sangat duduk since time tu kan dah nak spm so banyak habis masa kat bilik study je. tengok balik balik dorm odah dah tertido kepenatan study. hm kenapa lah odah punya straight A's plus tu tak tinggal sikit kat katil aku 😢 kadang tak sampai hati nak kejut sebab dorm pun dah gelap maka kami pun exchange la katil hehe. Esok pagi mula la ada drama "sorry weh aku tertido, kenapa kau tak kejut???" tapi esoknya sama jer so dah biasa dah takyah nak sorry sangat eh 😂 pastu gaduh lagi dgn mak tiri kes share divider tapi buku kadang kadang tak susun. harini buku dia terabur,aku marah. esoknya buku aku terabur, dia marah balik lol. lawaklah dua dua sama jer padahal. rindu nak "HEMLOOO ASSALAMUALAIKUM" bergegar dorm. bestnya dorm ni nak tido mesti tenang sebab ditemani bunyi gamelan sampai pukul 3-4 pagi jugak. sampai sekarang tak dapat dikenal pasti time tu memang ada org berlatih atau ............ ha lu fikirlah sendiri


4 BIRUNI 2017





So, ni pulak  kelas time form 4, first masa masuk tu aku terkejut sebab kat shams pun nama kelas aku 4 biruni. hehe. Nampak tak chemistry tu? k. Time orientasi duduk dalam kelas tu kan aku rasa Ya Allah apahal semua orang muka kerek tak rilek ni. Sombong kawal lah kut ye pun. Pastu baru aku teringat sebenarnya bukan sombong tapi masam sebab masing masing sedih layan homesick jauh 😂aduhai kanak kanak betul. Aku tegur thirah je sebab dengar dia cakap ganu lepastu thirah pulak tegur neji dengan nani, so aku pun buat lah kawan start dari situ hihu. Tiba-tiba ada kejadian buku leftenan adnan thirah hilang, mengamuk satu hari dia ahahahahh. Kitorang tolong cari cari kan rupanya ada misplace sebab orang pinjam.hahah. Bila dah transfer duduk dalam kelas, aku duduk depan shidah. Pergh konfiden woi budak ni. Aku rasa macam stress kadang tapi lama lama boleh masuk dah and dia banyak ajar macam macam :). Kisah cinta dia pun banyak aku simpan hahah. Tapi shidah tak duduk lama dengan kitorang :(. Dia naik kelas. Tapi dah expect pun actually huhu. Kelas ni aku rasa unik (brapa kali dah "unik" ni?) and pelik sebab macam tak ambik kisah langsung pasal classmates lolllll. like srsly kau kau, aku aku ar. gitu. percaya tak, gambar first kelas kitorang pun sebab ada budak immersion yang datang dari smap bentong. Kalau tak, sampai sudah weh takde gambar except for restu(majalah sekolah) la. Unik kan tu? Semua orang beria bergambar apa semua. Tapi dah nak hujung hujung tahun tu banyakla jugak gambar. Paling best time jamuan raya kelas, buat time cuti and cikgu haniza (guru kelas kitorang) tayang citer upin ipin. semua happy gila boleh lepas gian nengok kartun 😋 and fav aku kat sini pemandangan hari hari tengok kereta lepastu masing masing sendu "lamanya tak naik kereta :(" hahahaahh masalah kan.


5 BIRUNI 2017





Kelas ni......banyak mengubah persepsi aku, cara aku tengok sesuatu benda. Yang paling penting, diorang dah buktikan yg "hard work paid off". Tak pernah ajar aku erti give up dalam semua hal. Seriously. Kau tak dapat apa yg kau nak?Usaha lagi. Tak dapat lagi? Usaha lagi sampai dapat. Kalau boleh perkataan putus asa tu jangan pernah muncul pun dalam kamus hidup. Kami diajar untuk berfikir semua benda secara menyeluruh, jangan ambik sikit sikit so that u know how to fix something. Bila dah akhir akhir nak dekat spm kitorang dah tak rapat sgt. bukan apa, sebab masing masing ada tempat study masing masing dah. Tapi aku masih ingat hari last kami berkumpul utk bincang jamuan akhir tahun kelas, ada one of our classmates, dia buat satu motivation talk kat depan. Ayat dia "Harapan masih ada untuk yang berharap". If u read this, u know, sampai sekarang aku pegang kata kata ni. Terima kasih tau sebab ayat ni lah buat kan aku rasa sangat sangat terkesan untuk teruskan apa yang aku buat dalam apa hal sekali pun. Bila dah habis spm semua baru nak mengaku family lah apa lol. Padahal masing-masing dulu asyik gaduh tak ingat dunia. Lagi lagi min mat (muslimin muslimat)


Ok tu la sedikit sebanyak pengalaman yang aku mampu share yang buat aku rindu. Sebenarnya banyaaaak lagi tau tapi kalau nak cerita semua takkan pernah habis pun. Keluar kisas, lengkap 2 diary aku. Tu pun dah masuk diary ke 3 sebab terlalu banyak yang nak diceritakan setiap hari yang kadang tak sempat pun nak call umi nak cerita :). Jatuh bangun banyak sangat kat sini. Banyak ajar aku jadi seorang insan yang penyabar sebab at the end of the day, sabar itu juga yang terindah. Sesungguhnya aku rindu, dari acik dm,acik cleaner,acik bertuah,a.s,sahabat syurga, cikgu cikgu,makcik guard sampai lah ke katil tempat untuk aku berehat di sebelah malam.


Assalamualaikum.